Dengan membuat perbandingan ini kita boleh melihat isu-isu pengurusan yang timbul pada masa sekarang adalah kesukaran untuk menguruskan kewangan dengan baik. Zaman sudah berubah keperluar semakin meningkat, taraf hidup semakin tinggi, harga barang makin mahal dan sudah sukar untuk kita dapatkan benda secara percuma semuanya berbayar.Kesukaran untuk menguruskan kewangan ini adalah disebabkan beberapa faktor yang telah berlaku sejajar dengan peredaran zaman antaranya ekonomi, cara hidup, harga barang, instrumen kewangan dan perubahan undang-undang. Inilah faktor penyumbang yang sering membelenggu ramai orang dalam kehidupan dan disebabkan faktor inilah maka semua orang harus peka dan belajar mengenai cara pengurusan kewangan yang betul dan bijak.Keadaan ekonomi yang tidak menentu sememangnya berlaku secara drastik dimana ianya berpunca daripada faktor-faktor seperti inflasi, perubahan kadar faedah dan peningkatan strategi pelaburan global. Kadar inflasi semakin naik setiap tahun, perubahan ini tidak sejajar dengan kenaikan gaji pekerja ditambah pula dengan kenaikan dan penurunan kadar faedah oleh bank apabila berlaku krisis ekonomi menjadikan beban hutang semakin banyak, maka berlakulah perubahan dalam strategi pelaburan bagi mengelakkan keadaan krisis ini terus melanda disamping mengurangkan risiko pelaburan.Perubahan cara hidup masyarakat kepada individu yang lebih materialistik menjadikan kehidupan semakin sukar dimana banyak wang yang diperlukan bagi memenuhi kehendak individu. Kemudahan dalam membelanjakan pendapatan telah dipelbagaikan dengan penggunaan perdagangan elektronik (e-commerce), perdagangan melalui telefon (m-commerce), penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ini akan meningkatkan kuasa belanja individu dan menyukarkan proses menyimpan untuk masa depan kerana semuanya menggalakkan masyarakat untuk berbelanja dengan banyak sekali untuk memenuhi kehendak masing-masing.Peningkatan harga barang secara mendadak mengurangkan kuasa beli pengguna, ini biasanya berlaku ketika musim perayaan dan sebagainya. Dengan peningkatan ini nilai wang menjadi semakin rendah dan inilah dikatakan inflasi sedang berlaku keatas barangan keperluan dan kemahuan individu.Penggabungan keatas instrument kewangan yang berlaku dengan banyak sekali menyebabkan masyarakat menjadi keliru kerana kerumitan untuk memahami instrumen ini. Contohnya produk perlindungan iaitu insurans telah bergabung dengan produk pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan sesebuah syarikat dan inilah yang menjadikan masyarakat sukar memahaminya.Perubahan dalam undang-undang percukaian juga menjadi semakin ramai yang dikenakan cukai dan perubahan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun. Masyarakat perlu memahami dan mematuhi perubahan ini demi memudahkan urusan kewangan mereka nanti.Berdasarkan faktor-faktor ini, masyarakat sedar betapa sukarnya menguruskan wang dan pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak menyedari betapa pentingnya pelan perancangan kewangan keluarga untuk menjamin kesenangan dan kesejahteraan pada masa akan datang. Marilah kita semua lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul bagi menyesuaikan kedudukan kewangan dengan perubahan yang berlaku dalam ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Sekiranya anda mahu menjadi bijak wang perkara yang perlu dinilai oleh anda adalah tahap kewangan anda sekarang. Tahap kewangan ini adalah perkara penting sebelum melangkah ke arah menguruskan kewangan secara bijak.Secara umumnya terdapat 4 tahap kewangan yang biasanya ada di kalangan anda. Berikut adalah 4 tahap tersebut :-#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan.Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…#2: Kewangan Selamat (Financially secure)ni adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)ni adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra RichTahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.Sumber artikel : http://www.irfankhairi.com/blog/Satu Persoalan Di Manakah Tahap Kewangan Anda Sekarang ? Pastikan anda kenal pasti dahulu tahap kewangan anda, ini bagi memudahkan anda membuat perancangan kewangan yang betul.
Sekarang ini terdapat pelbagai skim yang menawarkan pulangan yang lumayan di internet, skim ini sebenarnya sudah lama wujud di internet dan masih bergiat aktif mencari mangsanya. Di internet terdapat pelbagai kaedah atau teknik menjana wang yang menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dengan modal yang rendah.Bagi mereka yang dalam keadaan terdesak atau inginkan keuntungan dengan cepat maka ia akan mudah terpengaruh oleh skim sebegini. Skim ini biasanya beroperasi dengan pelbagai cara dan teknik untuk mengaburi mangsanya. Sekiranya anda terjumpa atau pernah melihat kepada skim ini, maka anda akan mendapati seolah-olah untuk mendapatkan wang di dunia ini cukup mudah dan tidak memerlukan banyak usaha. Dengan hanya mempromosi atau mencari ahli baru maka dengan mudah ia akan mendapat wang hasil dari kemasukan ahli baru. Apa yang menghairankan ianya tidak mempunyai produk dan hanya melibatkan wang semata-mata atau lebih dikenali dengan nama permainan wang (money game ).Untuk pengetahuan anda semua dalam dunia ini untuk mendapatkan wang kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencari pendapatan, sekiranya kita usaha lebih maka dapat lebih dan sekiranya malas sebaliknya.Bagi mereka yang inginkan duit lebih janganlah terlibat dengan skim ini, sebaliknya pilihlah kaedah lain untuk menambah pendapatan dengan jalan yang sah lagi bersih dan jelas dari segi punca pendapatannya. Antara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan kewangan anda adalah seperti berikut :1. Simpan duit untuk diri sendiri dalam akaun pelaburan yang sah.2. Laburkan wang ke atas diri sendiri dengan cara belajar cara menjana wangSimpan wang untuk diri sendiriAnda boleh menyimpan setiap bulan untuk diri anda sendiri dengan membuka satu akaun pelaburan seperti Public Mutual demi untuk menjamin kewangan anda dari inflasi. Lakukan simpanan setiap bulan sehingga tempoh yang telah anda tetapkan dalam matlamat anda. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara melabur dalam Public Mutual bolehlah dapatkan ebook panduan di sini Labur wang ke atas diri andaPelaburan yang paling utama adalah dengan melabur untuk diri anda dengan menggunakan wang untuk membeli buku panduan, sambung belajar atau menghadiri seminar perniagaan internet. Pelaburan ini sebenarnya lebih lumayan kerana hasilnya nanti berlipat kali ganda. Ini kerana anda belajar atau menanbah pengetahuan dalam mencari wang lebih. Sebagai contoh anda membeli ebook panduan memulakan perniagaan internet, maka dengan pengetahuan yang anda perolehi anda memulakan usaha perniagaan internet dan dapat menjana wang ribuaan ringgit setiap bulan maka inilah kelebihan pelaburan ke atas diri sendiri.Sedikit nasihat dari saya pastikan anda menilai dahulu sebelum melabur ke sesuatu tempat atau skim, sekiranya anda mendapati pelaburan itu memberikan pulangan yang lumayan dengan modal yang rendah dan tanpa banyak berusaha makan tinggalkanlah kerana anda sedang ditipu oleh oleh orang yang tak bertanggungjawab yang ingin kepada wang anda dengan cara mudah.Pelaburan yang selamat adalah pelaburan dalam institusi kewangan yang mendapat kepercayaan ramai orang dan telah diakui oleh kerajaan antara yang mudah Public Mutual, jadi rebutlah peluang melabur dalam institusi ini kerana wang anda akan dijamin selamat.Hindari dari melabur ke tempat yang berisiko tinggi.
Semua orang hendak hidup dalam keadaan senang dan selesa dalam erti kata lain tiada masalah kewangan (kebebasan kewangan) . Dunia sekarang semakin mencabar dimana taraf hidup semakin tinggi yang menyebabkan ramai orang tersepit di tengah-tengah kemelut ekonomi masing-masing. Tidak dinafikan wang memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan manusia sejagat.Tiada wang maka bagaimana untuk seseorang meneruskan hidup, daripada makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Sekiranya bagi mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memahami atau tidak membuat perancangan kewangan yang baik akan mengundang masalah kepada diri sendiri.Kalau dilihat hari ini mereka yang mempunyai wang maka dia mempunyai kuasa beli yang tinggi dan kuasa beli ini tidak harus disalahgunakan kerana kesannya cukup membuatkan anda merana kerana mengalami masalah kewangan yang serius.Dalam menguruskan wang perkara asas yang perlu diketahui adalah langkah berjimat dan membuat simpanan. Setiap orang perlu mengambil langkah berjimat cermat tidak kira anda siapa orang kaya mahupun miskin, ini kerana pada kebiasaannya semakin besar pendapatan semakin banyak yang dibelanjakan seperti kata pepatah semakin besar periuk maka semakin banyaklah keraknya.Tanpa mengamalkan berjimat cermat atau dengan kata lain anda boros maka semakin hari umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itulah yang akan terjadi apabila langkah berjimat diabaikan. Sikap boros yang ada pada diri itu sendiri akan menjadikan kita suka berbelanja apabila dapat wang dan fikiran kita akan mula tidak kisahkan pasal duit kerana bulan dapat dapat lagi dan perlu dibelanjakan juga.Asas kedua adalah melakukan simpanan untuk diri sendiri dimana wang perlu diasingkan sebanyak 10% dari wang gaji dan disimpan kedalam akan akaun pelaburan. Ini bertujuan wang 10% tadi akan digunakan untuk tujuan kecemasan nanti. Simpanan ini adalah cukup penting bagi seseorang kerana dengan wang inilah akan digunakan untuk digandakan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara.Secara asasnya sekiranya anda ingin mencapai kebebasan kewangan haruslah bermula dengan langkah berjimat dan memulakan simpanan demi menjamin wang akan berganda pada masa akan datang. Ingat kegagalan melaksanakan dua asas penting ini maka anda gagal untuk mencapai kebebasan kewangan sepanjang hayat anda.
Sejak akhir-akhir ini kita sering kali mendengar berita kes penipuan yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengautkan keuntungan dengan mudah. Nampaknya ramai orang yang terdesak untuk mendapatkan duit dengan cepat dalam kehidupan seharian mereka.Senario ini tidak baik untuk kita semua kerana, jika kita melihat secara mendalam masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak tahu menguruskan wang dengan bijak, apa tidaknya ramai orang mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan kaedah mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat.Jika dilihat secara umumnya ramai yang tidak tahu ilmu pelaburan sebenarnya dimana mereka dengan mudah melaburkan sejumlah wang ke dalam skim. syarikat dan sebagainya tanpa mengetahui selok belok mengenai pelaburan berkenaan. Gejala ini harus dibendung dengan segera bagi mengelakkan ramai lagi yang tertipu dengan orang yang tidak bertanggungjawab ini.Sebagai seorang pelabur anda seharusnya memahami, mengkaji dan menilai dengan ilmu pelaburan dahulu sebelum mencampakkan wang anda untuk dilaburkan ke tempat atau ke dalam syarikat tertentu. Pelabur harus mahir menilai jenis bentuk pelaburan, jenis dan risiko terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kerugian teruk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini nanti.Sebagai alternatif negara kita mempunyai beberapa bentuk pelaburan dan seharusnya anda belajar tentang perkara ini. Sebagai contoh mudah pelaburan unit amanah merupakan satu bentuk pelaburan berisiko rendah yang tidak memerlukan anda mahir dalam menguruskan dana-dana kerana ianya dikendalikan oleh profesional dalam bidang pelaburan. Untuk lebih memahami apakah itu pelaburan unit amanah bertanyalah kepada mereka yang berkelayakan dalam bidang tersebut dan jangan bertanya pada sebarangan orang kerana kesilapan ini akan mengebabkan anda kerugian wang dengan banyak akibat mendengar daripada orang yang salah.Akhir kata saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat pelaburan ke mana- mana tempat, belajarlah, kajilah dan bertanyalah kepada mereka yang mengetahui ilmu pelaburan sebelum mula melaburkan wang anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment