Wednesday, April 7, 2010

Overdraft menjana kewangan anda

Masa itu Emas!!!!!
renung2kan lah


1. Salam…Petikan d bawah ni aku copy dari nogold com.
Konsep OD : Perlukan duit sebanyak Enam (6) Bulan Gaji Kasar Selepas ditolak hutang2 CC or Along

Cara2 nak mendapatkan duit tu ialah (mengikut ranking)
1) Duit simpanan sendiri

2) Duit Pinjam dari Family or Kawan2 (sebab tak de interest)

3) Refinance Rumah (at daily rest) – sebab interest dia rendah)

4) Personal Loan (bank yg offer bagus: Bank Rakyat, Bank Islam dan BSN)


Langkah2 seterusnya:
1) Bila dah dapat duit tu (at least sebanyak 6 bulan Gross Salary tolak Hutang2 CC/Along) dari 4 cara yg tersebut di atas, ko org belilah ASB (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya)

2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni….jgn lupa bwk buku ASB)

3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB recommended coz %rate rendah) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa lebih kurang 3minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg:

Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k)

4)Selepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat

a)ATM card,

b)DotCom Card <—utk internet banking

c)Cheque book

5) Dah dapat semua nie….pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org….by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil….walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt).

Sebab OD interest ni cuma BLR + 0 ‘daily rest’ (yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh….nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)….so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg….

Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org tapi bukan untuk enjoy sesuka hati….baca teknik ni sampai habis!

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..)

Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb….ada pahamm??

7) [color="red]Pada 30hb setiap bulan, ko org mesti mengeluarkan at least 20-30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm200 to 300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil).[/color]

Selepas membayar semua hutang2 bulanan dan membuat saving (beli ASB pd 30hb), ko org kene masukkan pulak segala duit2 income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 31hb atau 1hb (utk meminimumkan interest charges daripada OD).

Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;

a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM95K.

b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip – lepas tolak epf & incometax)

c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000

d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??

e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving. (actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)

f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)
Gunalah OD tu sampai ko org tuuuuuut

Saturday, February 20, 2010

7 Ilmu Membebaskan Diri Dari Hutang

Disini saya senaraikan 7 ilmu membebaskan diri dari hutang :

7 Sebab mengapa kita perlu bijak mengurus wang
• Bagi mencapai matlamat, keperluan dan kehendak
• Mengawal perbelanjaan
• Mengelak terlalu banyak hutang
• Menangani inflasi
• Menghadapi krisis ekonomi
• Mempunyai dana ketika kecemasan
• Pengukuhan rohaniah

7 kesilapan tentang pengurusan kewangan kita
• Bertangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan.
• Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
• Kekurangan disiplin untuk menabung / menyimpan
• Kejahilan tentang konsep nilai masa wang.
• Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi.
• Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
• Tidak mahu menggunakan khidmat penasihat kewangan bertauliah.


7 panduan asas dalam pengurusan wang
• Analisa kedudukan kewangan
• Tentukan Matlamat Kewangan
• Menyediakan rancangan hala tuju untuk kewangan
• Merekodkan perbelanjaan
• Menyediakan Pelan Perbelanjaan (Bajet)
• Membaik pulih hutang piutang
• Pemantauan

7 musuh kewangan
• Sikap Diri Sendiri
• Hutang dan pinjaman
• Bil-bil
• Cukai
• Skim cepat kaya dan Judi
• Inflasi
• Krisis Ekonomi


7 sebab kenapa kita berhutang
• Keperluan
• Kehendak dan Kepuasan
• Terpaksa menggunaan kad kredit
• Skim Bayaran Ansuran
• Tawaran yang menarik
• Kemusnahan yang tak dijangka
• Pinjaman


7 cara bebas hutang
• Meminjam secara berhemat
• Kurangkan hutang anda
• Urus kad kredit anda dengan bijak
• Gunakan kaedah pembayaran secara automatik
• Buat belanjawan
• Mulakan simpanan
• Kurangkan perbelanjaan


7 langkah mencapai kebebasan kewangan
• Langsaikan semua hutang anda
• Tambah pendapatan
• Awasi status kewangan anda setiap masa
• Buatlah Pelaburan
• Lakukanlah Simpanan
• Hidup dalam kesederhanaan
• Dapatkan nasihat daripada pakar pengurusan kewangan

Duit Buat Duit

Dengan membuat perbandingan ini kita boleh melihat isu-isu pengurusan yang timbul pada masa sekarang adalah kesukaran untuk menguruskan kewangan dengan baik. Zaman sudah berubah keperluar semakin meningkat, taraf hidup semakin tinggi, harga barang makin mahal dan sudah sukar untuk kita dapatkan benda secara percuma semuanya berbayar.Kesukaran untuk menguruskan kewangan ini adalah disebabkan beberapa faktor yang telah berlaku sejajar dengan peredaran zaman antaranya ekonomi, cara hidup, harga barang, instrumen kewangan dan perubahan undang-undang. Inilah faktor penyumbang yang sering membelenggu ramai orang dalam kehidupan dan disebabkan faktor inilah maka semua orang harus peka dan belajar mengenai cara pengurusan kewangan yang betul dan bijak.Keadaan ekonomi yang tidak menentu sememangnya berlaku secara drastik dimana ianya berpunca daripada faktor-faktor seperti inflasi, perubahan kadar faedah dan peningkatan strategi pelaburan global. Kadar inflasi semakin naik setiap tahun, perubahan ini tidak sejajar dengan kenaikan gaji pekerja ditambah pula dengan kenaikan dan penurunan kadar faedah oleh bank apabila berlaku krisis ekonomi menjadikan beban hutang semakin banyak, maka berlakulah perubahan dalam strategi pelaburan bagi mengelakkan keadaan krisis ini terus melanda disamping mengurangkan risiko pelaburan.Perubahan cara hidup masyarakat kepada individu yang lebih materialistik menjadikan kehidupan semakin sukar dimana banyak wang yang diperlukan bagi memenuhi kehendak individu. Kemudahan dalam membelanjakan pendapatan telah dipelbagaikan dengan penggunaan perdagangan elektronik (e-commerce), perdagangan melalui telefon (m-commerce), penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ini akan meningkatkan kuasa belanja individu dan menyukarkan proses menyimpan untuk masa depan kerana semuanya menggalakkan masyarakat untuk berbelanja dengan banyak sekali untuk memenuhi kehendak masing-masing.Peningkatan harga barang secara mendadak mengurangkan kuasa beli pengguna, ini biasanya berlaku ketika musim perayaan dan sebagainya. Dengan peningkatan ini nilai wang menjadi semakin rendah dan inilah dikatakan inflasi sedang berlaku keatas barangan keperluan dan kemahuan individu.Penggabungan keatas instrument kewangan yang berlaku dengan banyak sekali menyebabkan masyarakat menjadi keliru kerana kerumitan untuk memahami instrumen ini. Contohnya produk perlindungan iaitu insurans telah bergabung dengan produk pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan sesebuah syarikat dan inilah yang menjadikan masyarakat sukar memahaminya.Perubahan dalam undang-undang percukaian juga menjadi semakin ramai yang dikenakan cukai dan perubahan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun. Masyarakat perlu memahami dan mematuhi perubahan ini demi memudahkan urusan kewangan mereka nanti.Berdasarkan faktor-faktor ini, masyarakat sedar betapa sukarnya menguruskan wang dan pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak menyedari betapa pentingnya pelan perancangan kewangan keluarga untuk menjamin kesenangan dan kesejahteraan pada masa akan datang. Marilah kita semua lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul bagi menyesuaikan kedudukan kewangan dengan perubahan yang berlaku dalam ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sekiranya anda mahu menjadi bijak wang perkara yang perlu dinilai oleh anda adalah tahap kewangan anda sekarang. Tahap kewangan ini adalah perkara penting sebelum melangkah ke arah menguruskan kewangan secara bijak.Secara umumnya terdapat 4 tahap kewangan yang biasanya ada di kalangan anda. Berikut adalah 4 tahap tersebut :-#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan.Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…#2: Kewangan Selamat (Financially secure)ni adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)ni adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra RichTahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.Sumber artikel : http://www.irfankhairi.com/blog/Satu Persoalan Di Manakah Tahap Kewangan Anda Sekarang ? Pastikan anda kenal pasti dahulu tahap kewangan anda, ini bagi memudahkan anda membuat perancangan kewangan yang betul.

Sekarang ini terdapat pelbagai skim yang menawarkan pulangan yang lumayan di internet, skim ini sebenarnya sudah lama wujud di internet dan masih bergiat aktif mencari mangsanya. Di internet terdapat pelbagai kaedah atau teknik menjana wang yang menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dengan modal yang rendah.Bagi mereka yang dalam keadaan terdesak atau inginkan keuntungan dengan cepat maka ia akan mudah terpengaruh oleh skim sebegini. Skim ini biasanya beroperasi dengan pelbagai cara dan teknik untuk mengaburi mangsanya. Sekiranya anda terjumpa atau pernah melihat kepada skim ini, maka anda akan mendapati seolah-olah untuk mendapatkan wang di dunia ini cukup mudah dan tidak memerlukan banyak usaha. Dengan hanya mempromosi atau mencari ahli baru maka dengan mudah ia akan mendapat wang hasil dari kemasukan ahli baru. Apa yang menghairankan ianya tidak mempunyai produk dan hanya melibatkan wang semata-mata atau lebih dikenali dengan nama permainan wang (money game ).Untuk pengetahuan anda semua dalam dunia ini untuk mendapatkan wang kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencari pendapatan, sekiranya kita usaha lebih maka dapat lebih dan sekiranya malas sebaliknya.Bagi mereka yang inginkan duit lebih janganlah terlibat dengan skim ini, sebaliknya pilihlah kaedah lain untuk menambah pendapatan dengan jalan yang sah lagi bersih dan jelas dari segi punca pendapatannya. Antara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan kewangan anda adalah seperti berikut :1. Simpan duit untuk diri sendiri dalam akaun pelaburan yang sah.2. Laburkan wang ke atas diri sendiri dengan cara belajar cara menjana wangSimpan wang untuk diri sendiriAnda boleh menyimpan setiap bulan untuk diri anda sendiri dengan membuka satu akaun pelaburan seperti Public Mutual demi untuk menjamin kewangan anda dari inflasi. Lakukan simpanan setiap bulan sehingga tempoh yang telah anda tetapkan dalam matlamat anda. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara melabur dalam Public Mutual bolehlah dapatkan ebook panduan di sini Labur wang ke atas diri andaPelaburan yang paling utama adalah dengan melabur untuk diri anda dengan menggunakan wang untuk membeli buku panduan, sambung belajar atau menghadiri seminar perniagaan internet. Pelaburan ini sebenarnya lebih lumayan kerana hasilnya nanti berlipat kali ganda. Ini kerana anda belajar atau menanbah pengetahuan dalam mencari wang lebih. Sebagai contoh anda membeli ebook panduan memulakan perniagaan internet, maka dengan pengetahuan yang anda perolehi anda memulakan usaha perniagaan internet dan dapat menjana wang ribuaan ringgit setiap bulan maka inilah kelebihan pelaburan ke atas diri sendiri.Sedikit nasihat dari saya pastikan anda menilai dahulu sebelum melabur ke sesuatu tempat atau skim, sekiranya anda mendapati pelaburan itu memberikan pulangan yang lumayan dengan modal yang rendah dan tanpa banyak berusaha makan tinggalkanlah kerana anda sedang ditipu oleh oleh orang yang tak bertanggungjawab yang ingin kepada wang anda dengan cara mudah.Pelaburan yang selamat adalah pelaburan dalam institusi kewangan yang mendapat kepercayaan ramai orang dan telah diakui oleh kerajaan antara yang mudah Public Mutual, jadi rebutlah peluang melabur dalam institusi ini kerana wang anda akan dijamin selamat.Hindari dari melabur ke tempat yang berisiko tinggi.



Semua orang hendak hidup dalam keadaan senang dan selesa dalam erti kata lain tiada masalah kewangan (kebebasan kewangan) . Dunia sekarang semakin mencabar dimana taraf hidup semakin tinggi yang menyebabkan ramai orang tersepit di tengah-tengah kemelut ekonomi masing-masing. Tidak dinafikan wang memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan manusia sejagat.Tiada wang maka bagaimana untuk seseorang meneruskan hidup, daripada makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Sekiranya bagi mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memahami atau tidak membuat perancangan kewangan yang baik akan mengundang masalah kepada diri sendiri.Kalau dilihat hari ini mereka yang mempunyai wang maka dia mempunyai kuasa beli yang tinggi dan kuasa beli ini tidak harus disalahgunakan kerana kesannya cukup membuatkan anda merana kerana mengalami masalah kewangan yang serius.Dalam menguruskan wang perkara asas yang perlu diketahui adalah langkah berjimat dan membuat simpanan. Setiap orang perlu mengambil langkah berjimat cermat tidak kira anda siapa orang kaya mahupun miskin, ini kerana pada kebiasaannya semakin besar pendapatan semakin banyak yang dibelanjakan seperti kata pepatah semakin besar periuk maka semakin banyaklah keraknya.Tanpa mengamalkan berjimat cermat atau dengan kata lain anda boros maka semakin hari umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itulah yang akan terjadi apabila langkah berjimat diabaikan. Sikap boros yang ada pada diri itu sendiri akan menjadikan kita suka berbelanja apabila dapat wang dan fikiran kita akan mula tidak kisahkan pasal duit kerana bulan dapat dapat lagi dan perlu dibelanjakan juga.Asas kedua adalah melakukan simpanan untuk diri sendiri dimana wang perlu diasingkan sebanyak 10% dari wang gaji dan disimpan kedalam akan akaun pelaburan. Ini bertujuan wang 10% tadi akan digunakan untuk tujuan kecemasan nanti. Simpanan ini adalah cukup penting bagi seseorang kerana dengan wang inilah akan digunakan untuk digandakan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara.Secara asasnya sekiranya anda ingin mencapai kebebasan kewangan haruslah bermula dengan langkah berjimat dan memulakan simpanan demi menjamin wang akan berganda pada masa akan datang. Ingat kegagalan melaksanakan dua asas penting ini maka anda gagal untuk mencapai kebebasan kewangan sepanjang hayat anda.

Sejak akhir-akhir ini kita sering kali mendengar berita kes penipuan yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengautkan keuntungan dengan mudah. Nampaknya ramai orang yang terdesak untuk mendapatkan duit dengan cepat dalam kehidupan seharian mereka.Senario ini tidak baik untuk kita semua kerana, jika kita melihat secara mendalam masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak tahu menguruskan wang dengan bijak, apa tidaknya ramai orang mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan kaedah mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat.Jika dilihat secara umumnya ramai yang tidak tahu ilmu pelaburan sebenarnya dimana mereka dengan mudah melaburkan sejumlah wang ke dalam skim. syarikat dan sebagainya tanpa mengetahui selok belok mengenai pelaburan berkenaan. Gejala ini harus dibendung dengan segera bagi mengelakkan ramai lagi yang tertipu dengan orang yang tidak bertanggungjawab ini.Sebagai seorang pelabur anda seharusnya memahami, mengkaji dan menilai dengan ilmu pelaburan dahulu sebelum mencampakkan wang anda untuk dilaburkan ke tempat atau ke dalam syarikat tertentu. Pelabur harus mahir menilai jenis bentuk pelaburan, jenis dan risiko terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kerugian teruk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini nanti.Sebagai alternatif negara kita mempunyai beberapa bentuk pelaburan dan seharusnya anda belajar tentang perkara ini. Sebagai contoh mudah pelaburan unit amanah merupakan satu bentuk pelaburan berisiko rendah yang tidak memerlukan anda mahir dalam menguruskan dana-dana kerana ianya dikendalikan oleh profesional dalam bidang pelaburan. Untuk lebih memahami apakah itu pelaburan unit amanah bertanyalah kepada mereka yang berkelayakan dalam bidang tersebut dan jangan bertanya pada sebarangan orang kerana kesilapan ini akan mengebabkan anda kerugian wang dengan banyak akibat mendengar daripada orang yang salah.Akhir kata saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat pelaburan ke mana- mana tempat, belajarlah, kajilah dan bertanyalah kepada mereka yang mengetahui ilmu pelaburan sebelum mula melaburkan wang anda.

Friday, February 5, 2010

Topik “Overdraft” di Bijak Wang, TV3 Sabtu ini

sama sama kita tonton, ini lah ang saya nak ceritakan di sini.
Kawan2 dengan tool ini kita boleh buat duit dengan duit, percayalah.
Penuhkan ASB kita yang Kuotanya RM200K tu dalam masa sesinkat 3 Tahun
Walaupun gaji tak sampai RM5K,

Hanya kecekalan dan keyakinan serta disiplin yang membuat kita berjaya .
berubahlah kawan2.

sebulan anda akan dapat menyimpan sekurang2nya RM1k-RM2K bergantung kepada
Gaji dan Simpanan yang ada sekarang.
Dan kepada sesiapa yang sedia ada hutang boleh setlekan hutang anda dengan cara inii
sambungg....

Thursday, February 4, 2010

Pengurusan kewangan yang betul

Pastinya anda semua ingin tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan anda dengan betul.
sebenarnya saya ada satu cara yang boleh mendatangkan faedah kepada kita untuk memenuhi matlamat kita semua.

percayalah dengan kaedah ini kita akan bertambah senang, dengan segala hutang piutang makin hilang.

sambung minggu niii

MeNabungLah Dari SeKarang Demi masa Depan


Semua orang ada matlamat, termasuk saya dan anda. Ini lah tujuan saya disini bukan untuk berceramah cuma memberi seberapa sedikit ringkasan tentang matlamat kita.
Saya tidak diupah untuk membuat atikel ini cuma untuk membantu sesama kita. Mungkin sebelum ini kita tiada peluang untuk berkenalan dengan ini semua. Dan kita salah seorang yang ketinggalan buat masa ini.tapi tak semistinya kita terlambat selagi ianya masih berpeluang cuba sedaya upaya untuk meneruskanya.

Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana di kurniakan rezeki melimpah ruah.hanya pada orang yang pandai sahaja bekesempatan untuk menjana kemewahan sedangkan kita hanya tunggu dan lihat dengan apa yang ada di depan mata.Walaupun kita mampu sebenarnya.

Tahukah anda bahawa ASB merupakan satu produk kewangan yang mesti anda gunakan sebagai asas kewangan anda untuk masa depan?
Untuk makluman anda, kalau 6 tahun dulu, gula 1kg hanya berharga RM1.05. Tetapi hari ini harganya sudah menjadi RM1.95 1kg. Ini bermakna dalam masa 5 tahun sudah ada kenaikkan harga melebihi 50%. Itu baru satu barang. Bagaimana pula dengan barang-barang yang lain? Mungkin, 5 tahun lalu, anda makan tengahari hanya RM3.00, tapi kini sudah menjadi RM5.00. Itu sahaja sudah ada kenaikan sebanyak 60%!!!
Persoalan ???
Pertanyaan dari saya

adakah anda boleh menyimpan?
berapa banyak anda boleh menyimpan
dimana anda menyimpan

adakah perbelanjaan anda cukup untuk sebulan selepas ditolak semua hutang?
Adkah beban hutang, tidak membebankan anda.

Anda perlu berubah dan mulakan menyimpan pada hari ini.Apa kata, mulai hari ini anda peruntukkan RM8 sehari dan memasukkannya ke dalam Tabung Buluh (cara lama) secara konsisten. Ini bermakna, setelah cukup 30 hari (1 bulan), anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM240.00 bersih

Jika anda menyimpan RM240 sebulan di dalam tabung buluh tersebut selama 5 tahun, anda akan dapat mengumpul sebanyak RM14,400.00 bersih.

Walau bagaimanapun, selepas 30 hari, pindahkan sejumlah RM240 dari “tabung buluh” tadi ke dalam simpanan ASB untuk tujuan simpanan tetap. Mengikut kiraan, sekiranya anda menyimpan RM240 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, ini bermakna anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM18,247.40 setelah 5 tahun.

Ini berlaku disebabkan simpanan ASB dikira mengikut kaedah pengiraan “Compounded dividen” dan bukannya pengiraan “Simple dividen”.Maka dengan cara pengiraan ini, anda hanya perlu menyimpan konsisten selama 5 tahun sebanyak RM14,400.00 dan anda akan mendapat duit tambahan sebanyak RM3,847.40 selepas 5 tahun.

Dan kalau anda menyimpan hanya RM240, di ASB selama 10 tahun. Anda akan mendapat RM45,059.00. Bukan lagi, RM31,104.00Menarik bukan?Itu baru hanya RM8 sehari…belum lagi RM10 atau RM15 atau RM20 sehari!!!!Maka, dengan ini buatlah simpanan untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.


Jadikan ASB sebagai asas simpanan wang anda.

Sunday, January 24, 2010

How to Develop a Small Business Budget

Very few of my small business clients have a budget for their business. There is something about the word "budget" that implies "limitation" and "external control" for them. Very few people see a budget as a management tool in their own arsenal which would help them steer their business better.
Developing a budget doesn't have to be hard, either, especially if you have accurate financials. There are basically two ways of approaching the budgeting process:
Zero-based budgeting and Incremental budgeting
There are advantages and disadvantages to both methods, so it will be up to you to decide which approach will be best for you.
Zero-based budgeting When using the zero-based approach you build your budget from the ground up. Every single item is questioned and needs to be justified. It is an approach in which you look at your operation and ask yourself: "What do I need to accomplish my goals"? You don't concern yourself much with what you spent in the past, but rather with what it is you need to operate your business now and going forward. You start with a blank slate and brainstorm about the infrastructure, marketing and support functions for your business.
You may want to have a list of expense categories as a structure, but perhaps leave them blank for the time being and not even look at any historical financial information.
Incremental budgeting In contrast, incremental budgeting starts with historical information and simply adds to it (or subtracts, if applicable). The justification is generally limited to the increases, not to the entire budgeted amounts. So, for example, let's assume you spent $35,000 last year on marketing. In an incremental budget you may say - "well, this year I will need to do more, because I'm starting a new product line. So I will add $10,000 for my new product". Not much time, if at all, is spent on looking at the $35,000 spent last year and whether it would be needed again.
Or, in even more general terms, you may say "I predict that inflation will be around 5% next year, so I will budget for a 5% increase in my expenses across the board".
In my own practice, I do a little of both. Since I have pretty good historical financial information for my business, that's always my starting point, but as I go through my prior spending, I examine every element of every line of expense. I always question what I'm spending my money on, even when I'm not making a budget, and I try to be very flexible so I can make changes in my financial commitments as soon as I see that I derive no benefit from the service or the product I'm buying.
So, for example, if my marketing expense last year totaled $5,000, I would look at all its components:
Chamber of Commerce memberships $1000
Brochures $1000
Website $1000
Business cards $500
Client gifts $1500
And then I would assess the benefits derived from my Chamber of Commerce memberships and decide whether I wanted to continue them. I would take an inventory of my brochures and my business cards and see if I needed any more. I would decide how much to spend on marketing my website this year. Perhaps it would be more, perhaps less, depending on the place my website plays in my overall business strategy. I would then also evaluate the amount set aside for client gifts. And then, I would ask myself: "Is there anything else I think I need to do this year with my marketing?"
Once I had all my numbers together, I would look at the result - my first draft of a Profit and Loss statement for the next year.
Fine-tuning Your Budget At this point I would take a step back and say to myself: "is this result reflecting the goals I have set for my business for next year?" I'm assuming of course that you have set those goals at the outset. If not, it's never too late. You can formulate them right now.
How much do you want to grow? Do you want to expand into any other areas? What are your profitability goals?
If your first budgeted Profit & Loss statement doesn't meet those goals, you will just have to go through a couple of rounds of budget adjustments until you have the picture you are looking for. Once you do, the next step will be regular (monthly) monitoring of your actual performance against your budget.
Happy Budgeting in 2010!
Lucy Rudnicka is a former Corporate Controller. She now owns her own Accounting Services firm - FINANCIALS for You - and specializes in outsourced bookkeeping, business plan preparation, part-time Controller services and professionally designed financial templates.